Wednesday, September 30, 2009

Satu perjalanan bermula


Perjalanan keilmuanku sebenarnya baru bermula. Walaupun sudah hampir 10 tahun meninggalkan bangku bilik kuliah di universiti untuk menggenggam segulung ijazah, namun pada awal tahun ini aku memulakan semula perjalanan mencari ilmu yang Allah taburkan melata di muka dunia ini.

Ia seolah-olah mengiyakan tagline filem 2012 'The End is Just Beginning'. Blog Perjalanan keilmuanku ini adalah langkah mendokumentasikan perjalanan 24/7 aku selama 3 tahun di tanah bertuah Malaysia untuk menggenggam ijazah PhD, yang kata orang adalah pelengkap sesuatu pendidikan. Tapi bagi aku, ia adalah permulaan kepada penerokaan ilmu yang lebih luas dan banyak untuk dikutip!

Menerusi blog ini, akan kunukilkan pengalaman hidup sebagai seorang ayah, suami, anak, sahabat, hamba Allah dan PELAJAR TUA, sepanjang kehidupan mencari ilmu - yang terdekat ini untuk 3 tahun mendapatkan PhD.

Insya Allah....

No comments:

Post a Comment