Saturday, October 17, 2009
Buku Idea
Pejam celik pejam celik, sudah 9 bulan aku bergelar mahasitua....membaca dan membaca...sehingga kadang-kala sudah jelak memandang kertas putih yang dicetak. Aku seharusnya pada mula-mula lagi membeli sebuah buku log untuk mencatatkan perkembangan PhDku ini. Walaupun pada mulanya, aku punyai sebuah blog khas (yang dirangka pada awalnya untuk mencatatkan perjalanan keilmuanku itu), namun terbengkalai akibat lama sangat untuk menyambung pengajian. Lalu lahirlah blog ini. Dua hari lepas, tergerak pula hati untuk memiliki sebuah buku log yang akan mencatatkan idea-idea yang terbit yang amat berkait rapat dengan PhD aku itu. Lalu aku menggunakannya untuk mencurahkan penilaian dan pemikiranku yang berkaitan dengan penyelidikan aku ini. Ia amat penting, bukan sahaja sebagai satu bentuk dokumentasi, malah untuk memudahkan perjalanan pemikiran di dalam merangka 'flow' penyelidikan, dan juga kemudiannya akan digunakan untuk menulis kertas untuk jurnal-jurnal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment