Saturday, October 10, 2009

Kajian Literatur


Sampah merupakan tanggungjawab sendiri....bukannya bersama. Itu antara rumusan pertama aku apabila membaca puluhan kertas putih dan artikel dari jurnal-jurnal. Namun masalahnya sekarang ini ialah apabila menjadikan sampah sebagai masalah orang lain! Hasilnya? Sepertimana yang terkini di Sungai Kertas (belakang rumah je pula tu!). Terbakar hampir sebulan. Lebih malang lagi, merupakan tapak pelupusan sampah haram. Air yang dipancutkan pasukan bomba terperangkap pula sedalam 40 meter, lalu meranapkan keseluruhan struktur, dan mendatangkan masalah lain pula. Ini antara ratusan (mungkin ribuan) masalah yang berkaitan dengan pengurusan sampah. Dan inilah yang sedang aku selidiki untuk PhD aku.

Memang penat juga membaca puluhan kertas-kertas yang berkaitan ini...sehinggakan aku terlupa bahawa aku sudah pun langsai membaca beberapa artikel, dan 'terbaca'nya kembali. Perlu merangka satu kaedah yang lebih sistematik di dalam mencari maklumat yang berkaitan....

No comments:

Post a Comment