Friday, October 23, 2009

Pembentangan kemajuan no. 1


Sedang bertungkus-lumus menyiapkan powerpoint untuk pembentangan kemajuan nombor 1. Aku akan membentangkan kemajuan penyelidikanku pada Selasa 27 Oktober nanti. Entahlah apa yang nak dilaporkan. Sudah agak celaru dengan percambahan maklumat yang begitu banyak di atas meja. Tidak tahu bagaimana nak bermula, dan tak tahu apa yang akan berlaku di akhirnya......

Saturday, October 17, 2009

Buku Idea



Pejam celik pejam celik, sudah 9 bulan aku bergelar mahasitua....membaca dan membaca...sehingga kadang-kala sudah jelak memandang kertas putih yang dicetak. Aku seharusnya pada mula-mula lagi membeli sebuah buku log untuk mencatatkan perkembangan PhDku ini. Walaupun pada mulanya, aku punyai sebuah blog khas (yang dirangka pada awalnya untuk mencatatkan perjalanan keilmuanku itu), namun terbengkalai akibat lama sangat untuk menyambung pengajian. Lalu lahirlah blog ini. Dua hari lepas, tergerak pula hati untuk memiliki sebuah buku log yang akan mencatatkan idea-idea yang terbit yang amat berkait rapat dengan PhD aku itu. Lalu aku menggunakannya untuk mencurahkan penilaian dan pemikiranku yang berkaitan dengan penyelidikan aku ini. Ia amat penting, bukan sahaja sebagai satu bentuk dokumentasi, malah untuk memudahkan perjalanan pemikiran di dalam merangka 'flow' penyelidikan, dan juga kemudiannya akan digunakan untuk menulis kertas untuk jurnal-jurnal.

Saturday, October 10, 2009

Kajian Literatur


Sampah merupakan tanggungjawab sendiri....bukannya bersama. Itu antara rumusan pertama aku apabila membaca puluhan kertas putih dan artikel dari jurnal-jurnal. Namun masalahnya sekarang ini ialah apabila menjadikan sampah sebagai masalah orang lain! Hasilnya? Sepertimana yang terkini di Sungai Kertas (belakang rumah je pula tu!). Terbakar hampir sebulan. Lebih malang lagi, merupakan tapak pelupusan sampah haram. Air yang dipancutkan pasukan bomba terperangkap pula sedalam 40 meter, lalu meranapkan keseluruhan struktur, dan mendatangkan masalah lain pula. Ini antara ratusan (mungkin ribuan) masalah yang berkaitan dengan pengurusan sampah. Dan inilah yang sedang aku selidiki untuk PhD aku.

Memang penat juga membaca puluhan kertas-kertas yang berkaitan ini...sehinggakan aku terlupa bahawa aku sudah pun langsai membaca beberapa artikel, dan 'terbaca'nya kembali. Perlu merangka satu kaedah yang lebih sistematik di dalam mencari maklumat yang berkaitan....

Wednesday, October 7, 2009

Ke JB


Ke JB lagi hari ini. Bertemu supervisor. Seperti biasa, menaiki FireFly di Subang. Amat selesa perjalanan pagi ini ke lapangan terbang. Menunggu masa untuk berangkat sambil mengemaskini blog dan minum secawan kopi bersama cheese cake. Hari ini khabarnya Dr. Saidin akan memberi satu syarahan, mungkin mengenai hasil PhDnya. Perkongsian yang amat diperlukan oleh kami (junior-juniornya). Ingin mempelajari bagaimana beliau memperolehi PhD dalam jangkamasa yang sempurna. Juga ingin berbincang dengan Prof mengenai beberapa artikel yang sedang ditulis untuk jurnal dan majalah yang berkaitan. Tentunya, sepanjang perjalanan ini perlu dihabiskan dengan sebaik mungkin untuk membaca dan membaca.....